Monday, 30 May 2011

HARI SENIMAN DI KOMPLEKS KRAFTANGAN

Ari Ahad kena bertugas di KL??? wahhhhhh sedihnya minggu ni NN tak rehat langsung di rumah...seperti biasa pagi-pagi da kena bangun dan terus menuju ke Ofis untuk melakukan kerja-kerja urusetia sempena Hari Seniman 2011.

Apa kerja yang NN buat???

* Printout nama-nama Timbalan Menteri KPKK i dan ii, TKSU Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Sub Kanan Pengurusan, Ketua-Ketua Pengarah jabatan dan agensi di bawah KPKK dan SUB KPKK

* Lepas tu, kena pulak tampal di atas tagging kementerian, then susun mengikut kekananan...

* Da tampal & susun mengikut keutamaan, NN kena gunting kepala kad dan tampal double sided...
Yahoo da siap...Jom kiter berangkat ke Kompleks Kraf....

LEBUH SENI III

Ntah kenapa Lebuh Seni kali NN rase macam tak semangat je nak join...minggu ni NN ditugaskan utk menjaga persembahan, adush nak jaga artis ni yang malas....tapi takpe minggu ni tak banyak sangat persembahan just persembahan dari ASWARA je...

Persembahan bermula jam 4.00pm...tapi NN masih lagi belum bersemangat, bak kata orang masih belum sedar dari tidur...wawawawa kenapa ye???...maybe weekend ni pack dgn event...

Dalam masa yang sama, minggu ni juga ade sambutan Hari Belia di Putrajaya.so kami di Bahagian Pengurusan Acara terpaksala buat 2 team...separuh bertugas di Putrajaya dan separuh lagi di Dataran Merdeka. Minggu ni juga Booth Bahagian Pengurusan Acara di tutup buat sementara waktu...

Arggghhhhh.....jelesnya dengan kawan-kawan yang dapat bertugas di Putrajaya...dengar kata sambutan kat sana besar-besaran..Sambutan Hari Belia, Karnival Jom Heboh, Karnival Futsal, Sukan Air...wah bestnya...

so tepat jam 5.30pm, NN dan kawan NN, Lynn mengambil keputusan untuk ke Putrajaya...hihihihi kami lari sekejap ke sana...Wah....meriah betul di sana, memang terbaikla Kementerian Belia dan Sukan, tahniah!!!!

Tibe-tibe KPSU NN call, suh segera dtg ke opis cz buku program untuk hari seniman masih belum di lipat...OMG da pukul berapa ni, esok da la hari seniman tak kan malam ni nak buat...ermmm nak tak nak, NN dengan kawan NN segera la melakukan kerja-kerja untuk majlis esok....

Apa yang terjadi esok?? Jom datang beramai-ramai ke Kompleks Kraf Jalan Conlay....


Wednesday, 4 May 2011

Keronsang Besar

GB 001 - RM 30.00 
SOLD OUT

GB 002 - RM 30.00

GB 003 - RM 35.00


GB 004 - RM 35.00

GB 005 - RM 50

Kepada kawan-kawan yang berminat dengan kerongsang besar ini boleh hubungi NN...017-3121723 atau email di nazereen_2616@yahoo.com.my 

NN suka sangat menggayakan keronsang besar ini dengan baju kurung...sangat simple dan menarik. jom tengok NN menggayakan keronsang besar ni....:)

 


Monday, 2 May 2011

Lebuh Seni II

Minggu ni baju kami tema kuning....
Selamat Datang ke Booth Bahagian Pengurusan Acara


Antara pengunjung yg dtg ke Booth Bahagian Pengurusan Acara


Antara pelancong yang menyertai lukisan batik

  Apa dia Lebuh Seni ni??? ce cite ckt....

Bersama-sama dengan Bahagian Perhubungan Raya KPKK

Semangat 1 Malaysia

 Angkat kaki ckt....hahahahaha.saje nak hilangkan stress bekerja di Hari Sabtu....


Kepada mereka yang masih belum mengunjungi Booth NN ( Booth Bahagian Pengurusan Acara ) Lebuh Seni akan kembali pada bulan hadapan iaitu bulan Mei....jumpa di sana~