Kerana tegaknya padi, rakyat bersatu...inilah semangat sambutan Majlis Rumah Terbuka Tadau Kaamatan.
Lebih tiga juta penduduk Sabah memanjangkan keindahan dan keriangan sambutan Tadau Kaamatan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui majlis rumah terbuka peringkat nasional di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah di sini bermula pukul 7.30 petang.
Sesuai dengan semangat 1Malaysia dan dalam konteks hari ini, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011 yang bertemakan Harmoni 1Malaysia, menjadi acara sesuai bagi menyemarakkan perpaduan nasional.
MRTM Tadau Kaamatan pada tahun ini dibuat secara ringkas tetapi padat dengan persembahan-persembahan kebudayaan. Antara artis yang turut terlibat memeriahkan lagi MRTM Tadau Kaamatan ialah One Nation Emcees dan Hazami.

No comments:
Post a Comment