Alhamdulillah..setelah mengharungi 3 kali halangan, akhirnya NN berjaya mendapat jawatan 'PENERBIT RANCANGAN' di Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Harapan emak NN kecewa apabila NN keluar daripada Kolej Matrikulasi Perlis...
"emak ingatkan kak long boleh la jadi akauntan"...
adush...sedihnya dgr..lagi NN sedih bila ayah dan adik-adik terpaksa ke Arau, Perlis untuk menjemput NN pulang. Ibu bapa mana yang tak sedih bila anak sulong telah mengecewakan harapannya...dan siapa kata NN tak sedih, lagi NN sedih adik ke-3 NN bagi tau tayar ayah pancit kat Kodiang, dahla waktu tu malam..:'( wawawawa sedihnya...kami anak beranak terpaksa bermalam di Masjid Arau, Perlis..sementara menunggu kedai tayar bukak..jujurnya NN cakap, NN kesian tgk muka ayah..sepanjang perjalanan dari Arau, Perlis ke Melaka air mata NN mengalir tak berhenti....
Sampai jer rumah, NN terus tanya mak berkenaan surat tawaran UiTM yang NN mohon...seminggu lagi NN akan mendaftar di UiTM Shah Alam dalam jurusan Teater, Seni Lakon...apa agaknya yg NN akan belajar ye???
setelah 3 tahun berada di UiTM Shah Alam, mengharungi pelbagai ranjau yang berduri..akhirnya NN berjaya menggengam segulung Diploma. NN harap pada hari NN konvo dapat mengubat luka emak dan ayah...NN bersyukur padamu Ya Allah...walaupun NN telah membazirkan masa di Kolej Matrikulasi hampir setahun tapi itu tak bermakna NN tak boleh berjaya...
NN mula bekerja sambilan sebagai cikgu English di Kumon..gaji adalah RM200. pastu NN try berniaga goreng pisang, laksa, popia goreng, samosa di Puncak Alam..bersih sehari NN boleh dapat RM 80.00..boleh la dari NN duduk saja. selain tu, NN der jgk wat popia simpul kasih, hantar kat petronas berdekatan...bila nak dekat raya, NN amek order popia simpul kasih..ratus2 gak la dpt..alhamdulillah...
Perniagaan NN terhenti bila NN di tawarkan bekerja di Proton Edar sebagai Sales Advisor. wahhhhhhh keje memang letih, ke sana sini mencari pembeli...keluar pagi, malam baru sampai rumah...tak sampai sebulan bekerja, NN di panggil interview dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebagai SPS (kontrak). alhamdulillah NN berjaya dan telah di tempatkan di Bahagian Pengurusan Acara, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 4 Januari 2010, alhamdulillah.........
30 September 2011 ialah hari terakhir NN di Bahagian Pengurusan Acara..rase cam tak percaya pon ada..banyak pengalaman pahit dan manis yang NN tempuhi sepanjang berkhidmat di Bahagian Pengurusan Acara. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri NN kini telah di lantik sebagai "Penerbit Rancangan" dan telah ditempatkan di Seksyen Penyelarasan dan Penjadulan Rancangan Radio, Jabatan Penyiaran Malaysia.
menyusun makanan...
kenangan bersama....
happy selalu.............
tadaaaaa.......
wahhhh bestnyer...

No comments:
Post a Comment